|
Makluman Caruman Yuran Bulanan KOJUTA |
|
CARUMAN YURAN BULANAN
Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 7 yang telah diadakan pada 25 Mac 2008 telah meluluskan kenaikan Caruman Yuran Bulanan Anggota daripada RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) kepada RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja) sebulan.
Pekara ini telah dibincangkan di dalam Agenda 13 iaitu Membentang, Menimbang Dan Memutuskan Usul-Usul Yang Telah Disampaikan Kepada Setiausaha Sekurang-Kurangnya Tujuh (7) Hari Sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 7 - Subpara 13.8.1, Mesyuarat sebulat suara meluluskan Usul Kenaikan Caruman Yuran Bulanan tersebut atas rasional berikut:-
-
Menggalak anggota untuk menyimpan / menabung sebahagian daripada pendapatan;
-
Mengalak anggota memberi komitmen dan sumbangan idea kepada perniagaan / pelaburan yang disertai Koperasi agar mendapat pulangan yang tinggi;
-
Meningkatkan dana pegangan saham anggota dan modal perniagaan / pelaburan Koperasi; dan
-
Memastikan simpanan / tabungan setiap anggota sekurang-kurangnya minimum RM10,000.00
Tarikh berkuatkuasa perlaksanaan bagi kenaikan Caruman Yuran Bulanan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja) adalah pada April 2008.
Untuk makluman, Caruman Yuran Bulanan adalah wang simpanan anggota dimana ianya akan dikembalikan kepada setiap anggota apabila anggota tidak lagi menganggotai Koperasi ini.
Sekian, terima kasih.
|